Tuesday, March 19, 2019

"Jangan Buat Hal Andra! Tidur Luar Ayah Malam Ni!" - Terkejut Tomok Bila Andra Tiba-Tiba Panggil...


Kalau dah budak-budak, kadangkala tersalah sebut. Perkara biasalah tu. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada ketika pula rasa macam tak senang duduk.

Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra tersalah sebut.

"Secara spontan Andra cakap kat Dibu lepas mandi tadi..’mama’ ‘mama’.

"Lalu dibu terus memandang tepat kat mata aku lalu cakap ’mama mana pulak?" tulis Tomok.

"Jangan buat hal Andra.. Benda yang takda jangan di ada-adakan. Tido luar ayah malam ni nanti," seloroh Tomok.
 
Rata-rata peminat memberikan komen yang agak menyeronokkan untuk dibaca.

"Lain macam Andra buat lawak. Ayah yang ketar lutut tu. Haha," tulis @emma_razak.

"Hahahaha kecut perut kena pandangan maut," sambung @eyka_aziz19.

"Dibu mohon buat siasatan", seloroh @sayang_syafiqah.

"Hahaha... Benda macam tu jangan dibuat main Andra," tulis @mohdshahrilabuhasan.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan berkahwin dengan Rahayu Abas dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian Shah dan Andra Anrashah.

Kredit Gambar: Instagram
Read More
loading...

Monday, March 18, 2019

“Orang Lain Kek LV, Dia Selamba Kek Petai & Durian” – Kek Birthday Eina Azman Ini Memang Rare!


Kek unik ukiran durian dan petai yang ditempah sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon, Datin Eina Azman yang ke-24 mendapat perhatian netizen.
 
Menerusi akaun Instagramnya, Eina mendedahkan kek unik itu ditempah sendiri oleh suami kesayangannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dan juga kakaknya.
 
Tambah Eina lagi, lebih menggembirakan hatinya apabila kek istimewa yang ditempah itu merupakan ulam dan buah kegemarannya.
 
Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake durian and petai (two of my favorite food!).
 
“Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake! Yang penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!” tulisnya. 
Sementara itu, menerusi ruangan komen, netizen memuji kek unik tersebut selain kagum dengan sikap Eina yang merendah diri.
 
“Bagusnya Eina ni… Sangat humble, orang lain kek LV la apa la dia selamba jer kek durian dan petai. Respect you and love your cooking show sangat-sangat. Happy birthday dear,” komen @sarah.suka.makan
 
“Unik kek Datin terutama sekali your petai... Happy Birthday Datin semoga terus bahagia hingga ke jannah bersama your husband and twins yang comel sangat tu,” komen @ ezaini.zaini
 
“Ya Allah... Dah la cantik. Makan pun tak kisah makan ulam petai... Moga datin @eina_azman di panjangkan usia dan bahagia dengan insan tersayang. Aamin,” coret @nick_eida_esmail
 
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.
 
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tiga tahun.
 
Foto: Instagram @eina_azman
Read More
loading...

“She Wasn’t On Epidural, Sakit Hanya Dia Yang Tahu...” – Raf Yaakob Kongsi Detik Lihat Mawar Bersalin


Suami aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi mengimbas kenangan manis sewaktu menyambut kelahiran anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
 
Raf menceritakan pengalaman tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
 
Menurut Raf, sepanjag menunggu proses kelahiran, Mawar begitu kuat mengharungi kesakitan selain sentiasa berzikir untuk menenangkan hatinya.
 
“Since ramai yang bertanya, I’ll say it here. @mawarashid bersalin secara normal. She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth.
 
“Sakit dia, hanya Mawar dan Allah Swt sahaja yang tahu. I was with her all the time. Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang.
 
“Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir. Raf dan mummy Mawar hanya berikan light massage on her both legs and pinggang di samping doa dan zikir yang tak putus-putus supaya Mawar dan baby tenang.
 
“On that wonderful night? Raf dan Mawar kept reminding each other, setiap kesakitan surging (contraction) yang dilalui, it only means that we are very close to welcome and to see our baby @radenrafaelraf
 
“I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat-sangat hormat dan patuh dengan Raf.
 
“She’s such a loving stepmom to @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf too and I can’t be thankful enough for that.
 
“Last but not least, betul syurga bawah tapak kaki suami. But she’s also a good daughter to her mum @marinee_rashid and my mum @rsd.umi.
 
“Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that I always respect and adore. Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah Swt permudahkan dia bersalin secara normal.
 
“Syukur… Alhamdulillah. I love you so much anje, more than you can ever imagine. And I’ll keep loving you from now and forever till jannah, Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya. 
Terdahulu, Raf berkahwin dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.
 
Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
 
Foto: Instagram @rafyaakob
Read More
loading...

Sunday, March 10, 2019

"Tu rumah pakcik blok depan tu, bini dia nampak Mona Fendy keluar tanda pergi dapur...."








Read More
loading...

Friday, March 8, 2019

"Kali Ni Juri Bijak Memilih" - Shweta Sekhon Dinobat Miss Universe Malaysia, Ramai Teruja!




Gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon, 22, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.

Kejuaraan Shweta tahun ini selain menepati ramalan ramai, pemilihan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik itu dipersetujui ramai.

Malah, ada yang mencadangkan pihak organisasi menghantar Shweta untuk mengikuti kursus di Filipina yang terkenal dengan kualiti dan populariti dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.

"Suggest to send her to Philippines for training," cadang salah seorang peminat di akaun rasmi Miss Universe Malaysia.

"Kali ini juri bijak memilih," puji pengguna lain pula.

Malam tadi telah berlangsung pusingan akhir di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang telah mengiktiraf Shweta sebagai juara sekali gus mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2019 pada pertengahan tahun ni.

Shweta menewaskan 18 peserta lain sebelum diumumkan sebagai juara.

Shweta yang bekerja sebagai model sambilan ini menerima hadiah wang tunai dan hadiah tajaan bernilai RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Tiga finalis yang bersaing rapat dengan Shweta ialah Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien, 25, dan Frist Yaw Hui Jing, 25.

Fakta menarik mengenai Shweta, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pernah memenangi pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 2016.

Tahniah buat Shweta dan selamat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!
 

 
Read More
loading...

Bila Badrul Bicara: Ada Benarnya Nasihat Segelintir Netizen, Tapi Bukankah Kita Patut Dengar Kedua Belah Pihak?


Penceraian bukanlah satu perkara yang paling dikehendaki oleh mana-mana pasangan. Malah antara perkara yang dibenci oleh Allah SWT. 

Tetapi ada ketikanya memang tak boleh nak dielakkan. Setelah berusaha untuk menyelamatkan tetapi masih tidak berjaya, kita terima sebagai ketentuan Tuhan.



Bukan sahaja suami dan isteri yang akan berbekas atas penceraian, tetapi juga anak-anak. Perit oiiii! Apatah lagi kalau anak yang masih kecil dan perlukan kasih sayang kedua-duanya.

Namun dalam kes Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, ramai di antara kita di luar daripada keluarga ini tidak tahu apa yang berlaku.



Seperti saya juga, semuanya kita dapat daripada apa yang ditulis di akhbar dan mungkin sekarang ini di media sosial.

Setiap kali Rita memuat naik sesuatu tentang anak-anak di Instagramnya, ramai yang memberi kata-kata peransang dan sokongan. Saya rasa itu tidak ada masalah.



Tetapi yang menjadi masalah adalah pada masa yang sama, ada segelintir netizen yang cuba menyalahkan Aidil yang dikatakan tidak ambil tahu tentang anak-anaknya bersama bekas isteri, Rita.

Macam-macam tuduhan, kata-kata cacian yang dibuat pada Aidil. 'Bapa yang tidak boleh diharap', 'nanti tua akan menyesal', 'tak ada perasaan' dan bermacam lagi.



Perkara ini selalu membuatkan saya berfikir, benarkah Aidil Zafuan seorang ayah seperti itu? Adakah begitu kejam insan yang bernama Aidil ini sehingga sanggup melupakan darah daging sendiri?

Kita hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Kita langsung tidak ambil tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apakah perasaan Aidil sebenarnya.



Saya juga tidak salahkan Rita untuk menegakkan haknya atau apa sahaja yang dirasakan perlu dibuat, tetapi membiarkan netizen menjatuhkan 'hukuman' pada Aidil saya rasa agak tidak adil.

Bukankah ketika mereka berdua berkahwin dulu disebabkan cinta antara satu sama lain? tidak ada paksaan untuk mereka bercinta dan berkahwin sehingga mempunyai dua orang cahaya mata.



Selebihnya adalah cerita-cerita yang dikongsi kepada wartawan dan juga di media sosial. Itu yang saya baca dan itulah yang saya rumuskan. Saya rasa netizen lainnya juga mendapat maklumat seperti saya, dari media massa dan media sosial.

Kalau anda rajin melihat Instagram, lihat sahaja Instagram Aidil. Dia tidak pernah memadamkan gambar-gambarnya bersama kedua anak terunanya itu. Baca juga apa yang ditulis Aidil.



Tiada yang saya harapkan selain daripada Aidil pada suatu hari nanti dapat bertemu kedua anaknya itu. Walaupun sudah bahagia dengan keluarga baru, darah daging tetap darah daging. Tidak boleh diubah!

Saya tidak kenal kedua-duanya secara peribadipun. Rita saya kenal sebagai pelakon, dan Aidil pula sebagai pemain bola sepak Malaysia.

Saya tiada hak untuk menasihati mereka berdua, tetapi hanya luahan sebagai seorang bapa tunggal yang tentunya mahu melihat anak-anak sendiri berjaya dalam apa jua sekalipun.



Mungkin kita semua boleh bantu doakan supaya kedua-dua belah pihak dan sesiapa sahaja yang terlibat dilembutkan hati mereka demi anak-anak tercinta, dan bukannya menjatuhkan hukuman menyebabkan jarak mereka semakin jauh.

Bukan tanggungjawab kita, tetapi kalau kita sering menumpang memberikan komen di ruangan Instagram mereka, apa kata kita biarkan mereka selesaikannya sendiri, dan kalau kita prihatin, kita doakan mereka. Mungkin itu lebih afdal.

Wallahualam.

Jumpa lagi!

Bila Badrul Bicara
Read More
loading...

Thursday, March 7, 2019

"Nabi S.A.W cium pipi sahabatnya" - Respon Makan Dalam Netizen Untuk Individu Yang Anggap 2 Sahabat Ini 'Sesuatu'







Read More
loading...

"Dirogol, dipaksa buat seks oral diseksa" - Wanita Berjaya Lepaskan Diri Selepas Berdepan 'Detik Hitam' Selama 5 Hari





Read More
loading...

Wednesday, March 6, 2019

Selepas Hampir Seminggu Berdiam Diri, Bella Akhirnya Memuat Naik Video Di Instagramnya


Isteri kepada pelakon dan penyanyi yang dilanda kontroversi, Aliff Aziz, akhirnya memuat naik sebuah video di Instagramnya selepas hampir seminggu berdiam diri.

Video Bella bersama anak kesayangannya Mohamad Ayden Adrean itu yang berdurasi 30 saat menggambarkan kegembiraan seorang ibu bersama anaknya.

Walaupun hanya 30 saat, ketika artikel ini ditulis, video itu sudah ditonton lebih 270,000 tontonan, hampir 70 ribu likes dan hampir seribu komen dari netizen.
 
"He is truly heaven-sent," ringkas saja yang ditulis oleh Bella pada entri video tersebut.

Pada entri tersebut juga masih ramai lagi netizen yang membincangkan kisah kontroversi antara Bella dan suaminya Aliff.

Namun tidak kurang juga yang mendoakan semoga Bella dapat mencari kebahagiaan bersama anaknya itu.

Kredit Gambar: Instagram

Read More
loading...

“Berjaga Subuh Susukan Aafiyah, Tak Rehat Atau Tidur Sampai Konsert Malamnya,” – Pengurus Dedah Sikap Siti


Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan sikap dedikasi penyanyi nombor satu negara itu sepanjang konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Singapura baru-baru ini.
 
Menurut Rozi, pengurusan masa yang seimbang amat penting bagi Siti kerana anaknya, Siti Aafiyah baru berusia 11 bulan dan memerlukan perhatian ibunya.
 
Rozi berkongsi perkara itu menerusi posting di akaun Instagramnya semalam.
 
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.
 
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau.
 
“Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.
 
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.
 
“Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, Insha-Allah semua lancar,” tulisnya. 
Dalam masa yang sama, Rozi juga akui kagum dengan kredibiliti, tanggungjawab dan juga semangat Siti untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya.
 
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.
 
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati (walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat.
 
“Menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu.
 
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha.
 
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!” coretnya.
 
Untuk perkembangan terbaru, Siti Nurhaliza On Tour bakal menjelajah ke lokasi seterusnya iaitu Kuala Lumpur pada 16 Mac ini.
 
 Bukan sekadar tiga negara Asia, tetapi penyanyi berusia 40 tahun itu juga akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.
 
 Foto: Instagram @rozisangdewi
Read More
loading...